Untuk kali ini, 3 lagi point yang anda perlu pertimbangkan untuk menaip adalah seperti berikut.
1. Gambar
Meletakkan
gambar adalah penting untuk sesebuah entri. Kewujudan gambar akan lebih
mencorakkan lagi apa yang anda taip di dalam blog. Jadi gambar
sememangnya mempengaruhi minat pengunjung untuk membaca kandungan entri
anda.
Kalau
anda baca buku, kan best kalau ada diselitkan gambar. Begitu juga entri
blog. Paling kurang gambar yang ada adalah sekeping atau berapa banyak
yang dirasakan perlu. Tetapi pastikan juga jangan letak terlalu banyak
gambar dalam entri melainkan entri yang memang berbentuk penerangan
bergambar.
2. Provokasi
Adakah
bagus untuk melakukan provokasi semasa menaip blog.?. Jawapannya adalah
YA. Menaip entri yang berbentuk provokasi sememangnya salah satu teknik
menaip yang mampu menarik lebih ramai pengunjung untuk membaca dan
komen.
Tetapi
harus diingatkan, jangan melakukan provokasi yang bersifat keras.
Lakukan provokasi yang lebih bersifat lembut dan menarik orang untuk
membaca dan komen yang bernas, bukannya membaca dan di balas dengan
cacian. Dan jika anda hendak tahu, entri yang melakukan provokasi pada
jantina yang berlainan lagi bagus.:)
Provokasi akan membuatkan pembaca berasa 'geram' untuk baca dan komen..:). Contoh provokasi 'lembut' untuk lelaki, Lelaki memang banyak bagi alasan macam ni eh.?, dan contoh provokasi 'lembut' terhadap perempuan yang pernah ditaip sebelum ini.,Perempuan memang selalu macam ni eh.
So entri ini akan membuatkan pembaca akan berasa relax untuk membaca
dan rasa hendak komen je berbanding entri berbentuk fakta.:)
3. Persoalan.
Tinggalkan
persoalan untuk entri anda. Persoalan juga boleh memacu pembaca untuk
ingin selalu mengikuti setiap entri anda. Selain itu, persoalan juga
membolehkan pembaca lebih berminat untuk menghantar komen.
Contoh,
jika anda buat persoalan, "Hendak tahu apa yang terjadi lepas tu.?
Nanti aku cerita dalam entri akan datang ye.". Apabila membaca, pembaca
ingin tahu apa yang berlaku dan kemungkinan akan datang lagi untuk
membaca. Kerana entri anda menimbulkan pertanyaan di pikiran mereka.
Juga
boleh tinggalkan persoalan di akhir entri untuk pendapat, seperti " Apa
yang korang rasa, perlu tak aku teruskan hubungan ini?"..(psst:tetapi
janganla setiap entri ada persoalan pula.:)
Entri sebegini akan membentuk satu pembacaan yang bercorak pelbagai, bukan entri yang berbentuk mendatar sahaja.:)
------------------------------------------
Kebiasaaannya,
untuk menghasilkan entri yang menarik, ianya lebih kepada pendekatan
psikologi dan pengetahuan anda kepada sifat dan perlakuan manusia. Sebab
jika anda menaip entri sebenarnya banyak pandangan orang dari
perspektif yang berbeza. So ianya bergantung bagaimana anda tackle emosi
pengunjung blog anda. Dan cara untuk tackle adalah hasilkan entri yang
menarik perhatian mahkluk bernama manusia.:)
About Metro UI Theme
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit...
0 komentar:
Posting Komentar